Login
Register
Sejarah Sekolah

Sekolah Teknik Tuanku Jaafar atau nama ringkasnya TjTi atau  STTJ , merupakan sebuah sekolah kluster dan sekolah menengah teknik yang terletak di KM 4 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan. Pada tahun 2007, SMT Tuanku Jaafar telah dianugerahkan sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)" Berikut merupakan rentetan peristiwa sejarah STTJ sehingga tahun 2007:

 

Rentetan Sejarah

 

1972

Bangunan-bangunan kelas, makmal sains, bengkel, asrama dan dewan makan mula dibina di atas tanah seluas kira-kira 9 hektar, di Ampangan, Seremban.

1972

Sekolah Menengah Teknik Seremban dibuka dengan pelajar-pelajar dan guru-guru menumpang di Sekolah Menengah Vokasional, Seremban.

1973

Pembinaan selsesai dan pelajar-pelajar berpindah dari Sekolah Menengah Vokasional ke bangunan baru.

1977

Sekolah Menengah Teknik Seremban diberikan nama baru iaitu Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ). DYMM Tuanku Jaafar merasmikan nama sekolah yang baru.

1978

Satu Tayangan Perdana dan satu Walkaton diadakan di bawah naungan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar, N. Sembilan. Hasil kutipan digunakan untuk membekalkan alat pendingin hawa di perpustakaan sekolah dan menambah buku-buku perpustakaan. Sebuah gelanggang bola keranjang dan dua gelanggang badminton turut dibina.

1980

Satu usaha kutipan derma daripada syarikat-syarikat tempatan dijalankan bagi tujuan pembelian sebuah bas dan van.

1981

Upacara penyerahan bas dirasmikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan.

1985

Pembinaan astaka, di bawah naungan DYMM Yang Di-Pertuan Besar, N. Sembilan.

1986

Pembinaan dewan kuliah yang lengkap dengan pendingin hawa.

1987

Perasmian Dewan Kuliah Tuanku Ampuan Najihah oleh DYMM Tuanku Ampuan Najihah.

1988

Pembinaan sebuah gelanggang tenis dan perasmian oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar, N. Sembilan.

1991

Pembinaan sebuah kantin sekolah

1992

Pembinaan sebuah tempat letak kereta untuk kakitangan sekolah.

1993

Pembinaan sebuah Bilik Pusat Sumber Sekolah untuk kegunaan guru dan pelajar.

1994

Pengubahsuaian 4 buah bengkel untuk jurusan kejuruteraan jentera, awam dan elektrik dan elektronik. Sebuah bengkel lagi digunakan untuk memuatkan sebanyak 20 buah komputer dan alat-alat pencetak. Pembinaan sebuah ruang Anneks di antara Dewan Makan Asrama dan kantin sekolah untuk kegunaan pelajar sebagai tempat rehat dan prep.

1995

Pemasangan kipas dan siling baru di bilik guru.

1996

Pembinaan sebuah Balai Wawasan untuk kegunaan pelajar.

1997

Projek naik taraf sekolah.

1998

Penerimaan sebuah bas yang baru. Projek naik taraf sekolah masih diteruskan.

1999

Perasmian Dewan Besar Tuanku Jaafar oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Seri Paduka Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

2000

Perpindahan pejabat pengurusan ke bangunan blok (Blok Guru)

2003

Larian 30 tahun Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar - Jogathon pembinaan pintu gerbang STTJ

2004

Pembinaan sebuah makmal komputer.

2006

SMTTJ dijadikan sekolah kawalan.

2007

SMTTJ diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) kategori SMT.

 

[Klik di sini]

Vlefrog STTJ

[Klik di sini]

Web KPM

[Klik di sini]

Web JPN NS

[Klik di sini]

Web BPTV

PETA LOKASI