| Sejarah |
Tahun |
Peristiwa |
1972 |
Bangunan-bangunan
kelas, makmal sains, bengkel, asrama dan dewan makan mula dibina di atas tanah seluas kira-kira 9 hektar, di Ampangan. |
1972 |
Sekolah
Menengah Teknik Seremban dibuka dengan pelajar-pelajar dan guru-guru
menumpang di Sekolah Menengah Vokasional, Seremban. |
1973 |
Pembinaan
selesai dan pelajar-pelajar berpindah dari Sekolah Menengah Vokasional
ke bangunan baru. |
1977 |
Sekolah
Menengah Teknik Seremban diberikan nama baru iaitu Sekolah Teknik Tuanku Ja’afar. DYMM Tuanku Jaafar merasmikan nama sekolah yang baru. |
1978 |
Satu
Tayangan Perdana dan satu Walkaton diadakan di bawah naungan DYMM Tuanku
Yang Di Pertuan Besar, N. Sembilan. Hasil kutipan digunakan untuk membekalkan alat pendingin hawa di perpustakaan sekolah dan menambah buku-buku perpustakaan. Sebuah gelanggang bola keranjang dan dua buah gelanggang badminton turut dibina. |
1980 |
Satu
usaha kutipan derma daripada syarikat-syarikat tempatan dijalankan bagi
tujuan pembelian sebuah bas dan van. |
1981 |
Upacara
Penyerahan Bas yang dirasmikan oleh DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. |
1985 |
Pembinaan
astaka, di bawah naungan DYMM Yang Di Pertuan Besar, N. Sembilan. |
1986 |
Pembinaan
Dewan Kuliah yang dilengkapkan dengan pendingin hawa. |
1987 |
Perasmian
Dewan Kuliah Tuanku Ampuan Najihah oleh DYMM Tuanku Ampuan Najihah. |
1988 |
Pembinaan
sebuah gelanggang tenis dan perasmian oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar
Negeri Sembilan. |
1991 |
Pembinaan
sebuah kantin sekolah. |
1992 |
Pembinaan
sebuah tempat letak kereta untuk kakitangan sekolah. |
1993 |
Pembinaan
sebuah Bilik Pusat Sumber Sekolah untuk kegunaan guru dan pelajar. |
1994 |
Pengubahsuaian
4 buah bengkel untuk jurusan kejuruteraan Jentera, Awam dan Elektrik dan Elektronik. Sebuah bengkel lagi digunakan untuk memuatkan sebanyak 20 buah komputer dan alat-alat pencetak. Pembinaan sebuah ruang Anneks di antara Dewan makan Asrama dan kantin sekolah untuk kegunaan pelajar sebagai tempat rehat dan dan prep. |
1995 |
Pemasangan
kipas dan siling baru di Bilik Guru. |
1996 |
Pembinaan
sebuah Balai Wawasan untuk kegunaan pelajar. |
1997
|
Projek
naik taraf sekolah. |
1998 |
Penerimaan
sebuah bas yang baru. Projek naik taraf sekolah masih diteruskan. |
1999 |
Perasmian
Dewan Besar Tuanku Jaafar oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan Darul Khusus, Paduka Seri Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman |
2000
|
Perpindahan
pejabat pengurusan ke bangunan blok (Blok Guru) |
2003 |
Larian
30 tahun Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar - Jogathon Pembinaan
Pintu Gerbang STTJ |
2004 |
Pembinaan
sebuah makmal komputer |
2006 |
SMTTJ
dijadikan sekolah kawalan. |
2007 |
SMTTJ
diiktiraf sebagai sekolah kluster (kategori SMT) |