1. Bagaimanakah saya boleh melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar?

Jawapan : Boleh memohon secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR) selesai.

2. Apakah syarat - syarat yang diperlukan untuk memasuki sekolah ini?

Jawapan : Calon - calon mestilah mendapat keputusan PMR yang cemerlang iaitu minima 5A dan mestilah mendapat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu,Matematik dan Sains.

3.Sekiranya keputusan saya kurang dari 5A adalah saya masih layak memohon?

Jawapan : Ya. anda masih layak memohon.Sekiranya anda mempunyai kebolehan dalam 3 bidang berikut iaitu rekacipta,sofbol dan bolajaring sekurang - kurangnya pernah mewakili peringkat daerah, permohonan anda mungkin dipertimbangkan.TERHAD untuk 20 calon sahaja.(syarat ini mungkin berubah mengikut keperluan)

4. Apakah jurusan pegajian yang ditawarkan di STTJ?

Jawapan : 4 Jurusan pengajian ditawarkan iaitu Pengajian Kejuruteraan Mekanikal,Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Perdagangan.

5. Apakah keistimewaan sekolah ini?

Jawapan : Banyak keistimewaanya antaranya ialah keadaan fizikal sekolah yang baik ,kemenjadian pelajar, disiplin pelajar yang tinggi dan lain - lain.

6.Bagaimanakah keadaan asrama di sekolah ini?

Jawapan : STTJ menyediakan kemudahan asrama berstatus A dengan kemudahan yang serba lengkap.

7.Adakah kehidupan di asrama selamat daripada masalah disiplin termasuk buli?

Jawapan:STTJ menyediakan persekitaran asrama yang selamat kepada semua pelajar termasuk dari kes - kes buli dan kes -kes berat yang lain.

8.Bagaimanakah pencapaian SPM sekolah ini?

Jawapan: Semakin meningkat setiap tahun.Sentiasa berada dalam 3 terbaik SMT seluruh Malaysia.